Thursday, March 26, 2009

bayi tdo dlm buai..BAHAYA????

baca artikel ni buat aku terkejut n tersedar..huhu..tula..wahai si ibu, baikla dodoikn anak2 mu di atas ribaan kasih syg mu..lebih afdal..hehehe...aku akan jd seorang ibu yg penyayang..ngaaaaaaaaaaaaa!!!

Sindrom otak bayi bergegar

20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam dan bengkak di kepalanya.

13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.

14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.

Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.

“Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi,” katanya.

Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat

Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.

Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.

“Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” katanya.

Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.

“Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.

“Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak,” katanya.

Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.

Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.

“Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar,” jelasnya.

Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.

Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.

“Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh,” katanya.

Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.

Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.

“Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi,” katanya.

Ancaman osteoporosis pada lelaki?????

OSTEOPOROSIS? Ini penyakit wanita menopaus, kata seorang teman. Berdasarkan soal selidik, lelaki di negara maju seperti Amerika Syarikat juga menganggap osteoporosis adalah penyakit khusus wanita.

Siapa kata osteoporosis hanya menyerang wanita? Kajian di seluruh dunia menunjukkan kes keretakan tulang akibat masalah tulang rapuh atau osteoporosis meningkat di kalangan lelaki, walaupun secara keseluruhan lebih banyak kejadian berlaku pada wanita.

Masalah keretakan tulang, terutama pada pinggul, bawah tulang belakang dan pergelangan tangan, tidak boleh dipandang ringan. Meskipun soal selidik ke atas 1,045 wanita mendapati 54 peratus berpendapat kanser payudara diikuti penyakit kardiovaskular atau jantung (38 peratus) lebih berbahaya, hakikat sebenarnya osteoporosis boleh mengakibatkan lebih banyak masalah kepada kehidupan.

Pakar kesihatan kini mengklasifikasikan osteoporosis sebagai epidemik global yang mengancam semua orang, terutama warga emas di seluruh dunia; dengan kadar kelaziman satu kes bagi setiap tiga wanita dan setiap lapan lelaki. Maknanya di kalangan lapan lelaki, seorang akan mendapat masalah osteoporosis.

Namun sehingga kini masih ramai tidak menganggapnya sebagai ancaman kesihatan yang membimbangkan kerana osteoporosis tidak menunjukkan tanda sehingga seseorang itu mengalami keretakan tulang. Hasil soal selidik menunjukkan hanya lapan peratus daripada lebih 1,000 responden menganggapnya sebagai ancaman kepada kesihatan.

Hakikatnya, sebanyak 1.5 juta kes osteoporosis dilaporkan setiap tahun berbanding 500,000 kes serangan jantung; 240,000 kes strok dan 180,000 kes barah payudara. Yang membimbangkan ialah, 20 peratus daripada 1.5 juta kes ini berakhir dengan kematian dan 30 peratus lagi menyebabkan kehilangan keupayaan bergerak, kata Presiden Yayasan Osteoporosis Asia Pasifik, Dr Edith Lau.

Beliau yang juga Pengarah Pusat Rawatan dan Penyelidikan Osteoporosis Hong Kong menegaskan, keretakan tulang paling banyak berlaku di pinggul dan ini menyebabkan ramai pesakit hilang keupayaan bergerak dan terpaksa bergantung kepada bantuan orang lain untuk menguruskan kehidupan harian.

“Yang membimbangkan ialah insiden osteoporosis dan keretakan tulang lebih tinggi di kalangan penduduk Asia. Dianggarkan sebanyak 1.8 juta kes (54 peratus penduduk Asia) berlaku pada lelaki dan 4.5 juta kes (51 peratus pada wanita Asia) menjelang 2050.

“Masalah utama ialah meyakinkan orang bahawa ini adalah satu ancaman kesihatan. Ramai orang beranggapan osteoporosis hanya berlaku pada orang lain dan tidak akan terjadi pada mereka. Sedangkan semua orang ada risiko mendapat osteoporosis, apatah lagi jika mereka mengamalkan gaya hidup kurang sihat,” katanya ketika Persidangan Kesihatan GE, baru-baru ini.

Risiko jangka panjang keretakan tulang akibat osteoporosis juga membimbangkan kerana dalam kebanyakan kes pesakit hilang keupayaan bergerak dan menyebabkan mereka terlantar. Kesannya, tahap kesihatan menjadi lebih buruk, apatah lagi jika pesakit menghidap penyakit lain.

Kajian osteoporosis ke atas lelaki juga dijalankan di beberapa negara Asia. Keretakan tulang pinggul di kalangan lelaki Korea meningkat empat kali ganda pada 2001 berbanding 1991, di Jepun pula bilangan kes meningkat 1.6 kali ganda berbanding 1.5 kali pada wanita (data 2005) manakala di Singapura mencatat 1.5 kali ganda di kalangan lelaki dan lima kali ganda pada wanita bagi setiap 100,000 penduduk (laporan 2005). Rujuk Jadual 1, 2 dan 3.

Baik bagi wanita mahupun lelaki; peningkatan usia, pemakanan dan gaya hidup menjadi antara faktor risiko osteoporosis. Semakin lanjut usia seseorang, semakin tinggi risiko mendapat penyakit ini dan tulang menjadi lebih cepat rapuh jika merokok, tidak bersenam dan kurang memberi penekanan terhadap penjagaan makanan.

Tulang kita sentiasa mengalami perubahan dan proses pembentukan semula. Pada kanak-kanak, proses pembentukan tulang berlaku dengan cepat yang membolehkan mereka menjadi besar dan tinggi. Pada kebanyakan orang, proses ini mencapai kemuncaknya pada umur 30 dan selepas itu jisim tulang berkurang secara perlahan-lahan.

Apabila umur meningkat, kita mengalami proses kehilangan jisim tulang. Kehilangan ini berlaku pada kadar tiga peratus setahun selepas wanita menopaus atau 60 tahun bagi lelaki. Namun ada juga pakar berpendapat selepas berumur 50 tahun, enam peratus lelaki mengalami keretakan tulang pinggul dan lima peratus lagi mendapat keretakan tulang belakang akibat osteoporosis.

Memang kes osteoporosis lebih banyak berlaku pada wanita kerana lelaki mempunyai rangka tulang lebih besar. Kehilangan jisim tulang lelaki berlaku lebih perlahan. Pun begitu, kesan osteoporosis sama ke atas lelaki dan wanita. Lelaki osteoporosis yang mengalami keretakan tulang juga boleh hilang keupayaan bergerak jika keretakan berlaku pada tulang pinggul atau belakang.

Lelaki dalam lingkungan 50 tahun tidak mengalami kemerosotan jisim tulang secepat wanita menopaus, tetapi apabila mereka memasuki umur 65 hingga 70 tahun, kadar kehilangan tulang mereka sama seperti wanita. Malah penyerapan kalsium dan lain-lain nutrien penting untuk kesihatan tulang juga sama. Bahkan mungkin jauh lebih buruk jika mereka kuat merokok kerana nikotin dan bahan kimia beracun di dalam asap rokok menghalang penyerapan kalsium.

Faktor risiko osteoporosis pada lelaki:

  • Penyakit kronik yang berlaku pada buah pinggang, paru-paru, perut, usus dan perubahan paras hormon

  • Pengambilan sesetengah jenis ubat secara berpanjangan

  • Masalah kekurangan paras hormon testosteron yang tidak disedari dan tidak dirawat

  • Gaya hidup kurang sihat (merokok, minum banyak minuman beralkohol, kurang pengambilan kalsium dan tidak cukup bersenam)

  • Peningkatan umur

    Osteoporosis primer disebabkan masalah penuaan atau disebabkan masalah kesihatan sejak lahir. Manakala osteoporosis sekunder iaitu masalah reput tulang yang diakibatkan gaya hidup, penyakit atau pengambilan rawatan tertentu dan lebih banyak kes berlaku di bawah kategori ini. Antara punca osteoporosis sekunder pada lelaki ialah:

  • Pengambilan ubat glukokortikoid dan ubat imunosupresif iaitu ubat mengurangkan rintangan tubuh terhadap jangkitan

  • Hipogonadisme (paras testosteron yang rendah)

  • Merokok — Kehilangan tulang lebih cepat pada lelaki perokok kerana kandungan racun dalam rokok (termasuk nikotin dan bahan kimia lain) menghalang penyerapan kalsium

  • Pengambilan berlebihan minuman beralkohol

  • Asma dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD; akibat merokok)

  • Penyakit usus

  • Artritis reumatoid dan ankilosing spondilitis

  • Terlantar

  • Penyakit neoplastik (ketumbuhan kanser atau bukan kanser)

  • Hiperkalsiuria (kehilangan kalsium melalui air kencing)

    Sehingga kini tiada kaedah khusus untuk mencegah osteoporosis. tetapi risikonya boleh dikurangkan dengan mengamalkan pemakanan seimbang, gaya hidup sihat, banyak bersenam termasuk senaman mengangkat beban, serta menjalani pemeriksaan ketumpatan tulang secara berkala.

    Dr Lau berkata, saringan ketumpatan tulang sebaik-baiknya dimulakan selepas menopaus bagi wanita dan apabila mencecah umur 60 tahun bagi lelaki. Meskipun ia tidak dapat menghentikan proses kemerosotan jisim tulang, kaedah ini membolehkan kita mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak keretakan tulang.

    Selain itu beberapa langkah lain boleh diambil untuk meningkatkan kesihatan tulang iaitu:

  • Mengambil makanan tambahan kalsium dan vitamin D boleh mengurangkan kadar kehilangan dan keretakan tulang di kalangan wanita dan lelaki dewasa serta warga tua

  • Melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan memberi kesan positif kepada kesihatan tulang

  • Dalam kajian terdahulu, amalan pemakanan kaya protein didapati boleh melambatkan proses pereputan tulang di kalangan warga tua

  • Bagi kanak-kanak dan remaja pula, pemakanan tambahan kalsium, produk tenusu kaya kalsium atau susu meningkatkan kadar penambahan mineral tulang

  • Kerap bersenam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu; 20 hingga 30 minit setiap sesi disertakan senaman mengangkat beban. Tidak perlu pergi ke gimnasium kerana senaman dengan mengangkat botol air satu liter juga boleh memberi kekuatan kepada tulang.
  • Wednesday, March 25, 2009

    aku xtau kenapa..

    aku suke sgt lagu ni...huhuhu..
    tunjukkan aku
    Boneca

    Musik dari jiwa
    Lagu dari hati
    Cerita sepurnama
    Canda dan menangis
    Belum ku selami
    Caturan terjadi
    Lelah dipukul badai
    Apa mungkin terlerai?
    Oh...
    *
    Soalan tersendu
    Balas hampa bisu
    Tuhan, tunjuk sesuatu
    Apa dia yang satu itu?
    Tunjukkan aku
    Tunjukkan aku
    Chorus:
    Apa bisa ku cinta
    Kamu seperti mana
    Aku dicinta kamu?
    Aku dijaga kamu?
    Atau kamu terlalu
    Indah buat diriku?
    Beda dari diriku?
    Aku pun tak menahu
    (Repeat *) (Repeat chorus 2x)
    Aku pun tak menahu
    Aku pun tak menahu
    Apa bisa ku cinta?
    Apa bisa ku cinta?
    Apa bisa ku cinta?
    Tuhan, tunjukkan aku

    Sunday, March 15, 2009

    setelah lame..

    huhu..setelah lame x naik taraf blog aku ni..aku kini kembali..ahakx!!
    ngeeee...aku slalu jek bukak blog aku ni tp no idea nk tulis ape..tp rasenye skng ni aku da ready kembali..yela..sebelum ni bz memanjang...n this weekend aku spend a lot of my time with my friend especialy k.mai..hehehe..jln2 kt times n yg paling klaka n agak tekanan gak..we all go to Plaza GM..but when we juz enter that plaza..i'm very sentap you know..yela..cm ape jek plaza tu..myb aku g time ahad n most of kedai dlm plaza tu dh tutup...huhu..juz dpt enter bbrp kedai je..n nothing i bring back..sadis:( *sob..sob..*xtually my poket juz cukup2 isi jek..hahahaha.

    n now.aku sdg nk menyebokkn dri ngn tesis aku..1 habuk pn x start lg..ngn result morfologi sel aku x dpt lg..risau2..tp confident jek leh siap b4 due date...amin.... hopely siap tesis aku n xnkla xtend..my friend..pliz pray for me got my morphology's result k..;)

    lg 1, wt pngetahuan smua..aku bru jek wt blog bru.juz for me n my love..&heart..hahaahhahaa..sje2 jek wt blog cinta aku..w'pun agak jiwang..tp blog tu juz ntok my boy je sbnrnye..hehehe..klau u all nk tgok..skali jek bleh..hahahha..but, that blog lom siap lg laaa....on da way!!!!!but a.s.a.p laa ak siapkn..(tibe2...rndu plak ngn my boy...ngeeee)

    that all for today...