baca artikel ni buat aku terkejut n tersedar..huhu..tula..wahai si ibu, baikla dodoikn anak2 mu di atas ribaan kasih syg mu..lebih afdal..hehehe...aku akan jd seorang ibu yg penyayang..ngaaaaaaaaaaaaa!!!
Sindrom otak bayi bergegar
20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam dan bengkak di kepalanya.
13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.
14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.
Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?
Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.
“Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi,” katanya.
Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat
Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.
“Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.
“Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” katanya.
Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.
“Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.
“Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak,” katanya.
Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.
Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.
“Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar,” jelasnya.
Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.
Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.
“Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh,” katanya.
Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.
Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.
“Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi,” katanya.
8 comments:
Hmmm, mmg pnh dgar bahaya, tp mcm org xamik endah sgt..huhu
nt anak ak ak dodoikanla..hehehe
tp rsenya buai pon xdpt elak dr gne..huhu
:D
igtkan memang bahaya. rupanya kalau jatuh baru bahaya.
eh, ko patut open comment utk semua org. ni nak komen kene ade akaun google je.kalau takde takleh komen
weh adilazroon, ko bcela artikel tu btol2..bkn jatoh bru bhya..mse enjot bayi dlm buai dh sbbkn gegaran otak..tu yg aku interested ngn artikel ni..sal bhye tu mmg la da lme aku tau..huhu..xnkla bkak ntok smua org..nt ape2 jek komen ak dpt..korg2 je la da ckop...
oooh.gitu. bukan ape. panjang sangat. patut ko buat konklusion je. senng baca konklusion.
bukak je komen utk semua org. ni org yg ade emel google je boleh komen. payah la gitu.PE2 JEK KOMEN TAK SUKA KO BOLEH BUANG.
eh, tercaps lock pulak.
xnk gak..hehehe
nekk,,nak email..nak invite..blog dah private now.yay
panda_comel32@yahoo.com.my.cmne nk wt private??hehehe
pegi dkt setting..then click only invited je yang boleh tgk blog ni..tp kena add dulu dari email la.. :)
Post a Comment