aku berlari ke satu sudut!!!Lari dari sesuatu yang memang aku benci..BENCI SEBENCI BENCINYA...!!!hati aku memang sedang membenci.Tak ada sesiapa yang mampu buat aku hilang perasaan ini..hanya tangis dalam sendu yang buat aku tenang..Tapi setelah itu,semua akan jadi gelap.Mataku terpejam lena tiada apa yang buat aku tahu. Dan dunia sedang terus berlakon tanpa aku hiraukan..
"Selamat pagi cikgu!!!!!"...argh!!!!Pagi hari yang buat aku tekanan.Hari-hari ayat yang sama aku dengar. Biasalah, rumah di tepi sekolah. Permulaan sekolah menjadi seperti jam loncengku.Memberi isyarat hari ini akan menjadi bukan seperti hari semalam.. Aku bangun duduk di jendela. Melihat anak-anak kecil pergi menuntut kemahuan ibu bapa dan kadang kala kemahuan sendiri.Macam aku dululah, pergi sekolah sebab mak abah yang paksa aku. Belajar entah ke mana. Tapi ada kawan yang rela hati pergi sekolah tanpa bosan dan jemu mengadap papan hitam yang seakan-akan hijau. Cikgu cakap A, A yang dia buat. Cikgu bilang jangan, tunduk mendengar kata. Benci aku tengok dia. Hipokrit!!!!
"Fai!!!!"..satu suara yang kadang-kadang aku bosan dengar dan selalu aku rindu..Ibu panggil. Mengganggu lamunan aku untuk ingat insan hipokrit itu. Bagus jugak..kata hati aku." Ye ibu..!!!!"sedikit kuat balasanku kerana bimbang telinga yang dah tua itu tidak kedengaran. Aku berlari mengejar insan yang aku sayang dan sanjung tinggi. Wow!!!!Nasi lemak air tangan wanita yang melihatkan dunia ini kepada ku terhidang di depan mata..Terus aku cium pipi Mak Cik Nur, duduk mengadap makanan kegemaranku.."Ishk!!!anak tak senonoh..air liur berpeta lagi kat pipi.."sambil menepis tanganku, ibuku tergelak.."Iyalah, Fai basuh muka dulu ye ibu"sambil senyum manis malu aku melangkah malas ke bilik air..
Kekenyang dan mengantuk. Itulah tebiat aku lepas makan. Rasa mengantuk datangkan idea untuk aku mandi.
"Aku pun risau dia tak bekerja lagi..tapi aku tak boleh paksa dia. Lagi pun dia bukan buat benda jahat pun, duduk kat rumah teman aku je. Nantila aku pujuk dia kerja dgn kau.."Langkah aku terhenti. Terbantut niat aku nak memeranjatkan ibuku dengan diri yang dah wangi ni. "Mak Siti ni tak habis-habis jaga tepi kain aku. Aku tahulah anak dia tu kerja bagus. Tapi tak perlulah hipokrit nak tolong aku. Cakap gaya nak buat baik..tapi dalam hati siapa yang tahu. Bosan aku dengan insan-insan seperti ini. Nak tolong tapi dalam masa yang sama nak membangga diri.."Merungut dalam hati.
"Ibu..Fai nak keluar..petang baru pulang"..Aku lari dari kekalutan. Malas nak fikirkan semua ini. Kebencian semakin mendalam. Aku perlu mengejar saat yang semakin tak mampu aku kejar. Aku mesti cari kerja. "Hmmmmmmm..kenapalah susah sangat aku nak dapat berdikari tanpa bantuan ibu lagi". Aku tenangkan dan sabarkan diri aku. Berjalan, menaiki bas, menuju ke bandar.
"Tahniah..mulai esok, boleh bekerja di sini. Yati, tunjukkan kawan baru kita ni pejabat dia..".Hui!!!Hurray!!!!!macam nak peluk jek gadis Yati ni..tapi aku kawal diri aku. Besar pejabat yang akan aku miliki mulai esok. Tak sabar mahu pulang untuk berkongsi kegembiraan dengan ibu. "Ibu, sesungguhnya anak ibu ini berguna dan tak perlu bergantung kepada sesiapa untuk hidup membahagiakan dan membalas jasa ibu"kataku dalam hati dengan azam yang tinggi. Aku pulang dengan penuh gembira dan debaran menati hari esok.
esok..
15 years ago
3 comments:
cerpen copy paste ke
uik..i buat sendiri k zahidah..x men la copy paste..
wahhhhh, faezah....
indahnya bahasa, cantiknya cerita...
hehehhe
aku akan menantikan eps 2...
aku pn ada tulis2 cerita kt blog aku...
tp dh lama terbantut sjak LI ni...
nice2
Post a Comment