Saturday, April 4, 2009

MANGGIS>>>>

SUATU KEHEBATAN PERLU DIKETAHUI OLEH SEMUA!

APAKAH CABARAN KEPADA KESIHATAN KITA?

Penyakit Kronik Degeneratif

Penyakit yang paling merbahaya pada masa sekarang bukan penyakit yang berpunca daripada kuman atau pun virus, tetapi ia adalah penyakit kronik degeneratif yang berpunca daripada kerosakan dan degeneratif sel secara berkumpulan dalam badan manusia.

TAHUKAH KITA, SETAKAT INI TIDAK ADA CARA UNTUK MENYEMBUHKANNYA

Laporan tahunan World Health Organisation (WHO) telah memberi amaran bahawa penyakit kanser, sakit jantung dan penyakit kronik yang lain telah meragut nyawa lebih 24 juta orang setiap tahun, dan ia akan terus membawa penderitaan dan menimbulkan ketidakupayaan kepada berjuta-juta manusia di bumi ini.

NAMUN PENYAKIT DEGENERATIF BOLEH DIELAKKAN

Ramai diantara kita masih menganggap penyakit kronik penyakit yang malang, penyakit yang diakibatkan oleh umur yang meningkat dan ia tidak dapat dielakkan. Namun kita harus faham bahawa "tua" tidak bermakna "sakit". Untuk mengelakkan penyakit degeneratif, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat.


TAHUKAH ANDA,APAKAH PENYAKIT-PENYAKIT YANG SEDANG MENGANCAM KEHIDUPAN MASA KINI?






"ADAKAH ANDA SALAH SEORANG PENGHIDAPNYA?"
"APAKAH PUNCA PENYAKIT-PENYAKIT INI?"

JAWAPANNYA : RADIKAL BEBAS ( FREE RADICALS)

Saintis menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel-sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.



Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil. Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas di mana molekul yang sihat ini akan dirosakkan. Ini akan membawa kerosakan berterusan kepada pelbagai sel dalam badan manusia.

DARI MANA DATANGNYA RADIKAL BEBAS?

*Makanan (Makanan berlemak, bergoreng dan hangus cnthnya: sate atau ikan bakar)
*Rokok (Sebatang rokok membebas 3 trillion radikal bebas dalam darah)
*Tekanan (Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin)
*Bahan Kimia Toksik (Racun Serangga, dll)
*Minuman Beralkohol
*Sinaran Ultra Ungu
*Pencemaran Alam Sekitar, dan lain-lain.






BAGAIMANA
MENGATASI SERANGAN RADIKAL BEBAS ?

JAWAPANNYA: ANTIOKSIDAN (ANTIOXIDANTS)
Bagi mengimbangi kemusnahan sel-sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai para penyelidik terutama dalam bidang kesihatan mengenalpasti ANTIOKSIDAN adalah bahan yang teramat baik bagi mengatasi serangan radikal bebas ini.

ANTIOKSIDAN adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas.


Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan yang normal, protein dan lemak.
ANTIOKSIDAN ini boleh ditemui dalam bahan-bahan semulajadi terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil "FITOKIMIA" dipercayai sebagai sumber antioksidan terbaik. Inilah sebabnya mengapa kita disaran mengambil 5 hingga 9 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Bagaimanapun, dalam keadaan kehidupan kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan.


PROFESOR DEBASIS BAGCHI, Profesor Jabatan Sains Farmasi Universiti Creighton, California, berkata aspek pemakanan perlu diberi keutamaan bagi menjaga kesihatan dan mempelbagaikan pilihan sajian harian adalah pilihan yang bijak.

Beliau menyarankan supaya memilih makanan pelbagai warna supaya kita mendapat pelbagai jenis fitokimia yang diperlukan badan.

Antara fitokimia yang penting ialah ANTOSIANIN. Ia adalah pigmen yang memberikan warna biru, ungu dan merah kepada tumbuh-tumbuhan. Tiga pigmen ini berfungsi melindungi tumbuh-tumbuhan daripada sinaran ultra ungu dalam cahaya matahari.

Berdasarkan prinsip yang sama, ANTOSIANIN dikatakan dapat memberi perlindungan kepada tubuh manusia terhadap serangan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

ANTOSIANIN adalah bahan antioksida yang kuat dan dapat menghapuskan pelbagai radikal bebas berlainan secara serentak pada satu masa.

Banyak kajian membuktikan buah-buahan seperti Manggis (Mangosteen), strawberi, elderberi, bilberi liar, acaberi, kranberi, beri biru liar, raspberi, cherry adalah kaya dengan antosianin.

Kajian menunjukkan antosianin daripada buah-buahan ini bukan sahaja mempunyai sifat antioksidan yang tinggi tetapi turut bertindak sebagai antiradang, antimicrobial, anti kanser (bagi mengelakkan kanser), memperbaiki fungsi penglihatan, antitumor dan juga antipenuaan.

Lebih penting, ia juga dikatakan mempunyai sifat antikarsinogenik, memberi perlindungan kepada sistem kardiovaskular,mengawal paras gula dalam darah, khususnya bagi pesakit kencing manis,mencegah jangkitan saluran kencing, darah tinggi, gout , arthritis, sakit sendi, sengal badan, strok, masalah saraf, strok, Alzheimer, menurunkan kolesterol, jangkitan virus dan menyekat serangan bacteria Helicobacter pylori yang menyebabkan masalah gastric, ulser perut, kanser perut dan keradangan usus. Membantu menjaga kesihatan kulit dan masalah penuaan awal.


DISINI cuba kita lihat didalam konteks Negara ASEAN ( MALAYSIA, THAILAND, FILIPINA, INDONESIA, BRUNEI, VITENAM DAN LAIN-LAIN NEGARA ), Negara-negara ini kaya dengan buah yang mempunyai warna ungu, merah dan biru, iaitu BUAH MANGGIS (QUEEN OF FRUITS ), iaitu buah yang sempurna (kulit, biji dan isi putih).


Komponen-komponen yang terdapat didalam buah manggis terdiri daripada IRON, FIBER, CALCIUM, VITAMIN C, POTASSIUM, VITAMIN B2, PROTEIN, CATHECHINS, TANNINS, PHOSPHORUS, SODIUM, VITAMIN B1, NIACIN.

Menurut kajian DR DAVID A. MORTON, Ph.D., Buah Manggis mempunyai bahan aktif biologi yang sangat kaya dengan ANTIOKSIDAN yang tinggi dan amat berkesan, disamping vitamin, polysaccharides, stilbenes. Disamping itu buah manggis ini unik kerana mempunyai makanan tambahan bioaktif yang hebat iaitu "XANTON".



"XANTON" ialah sekumpulan molekul biologi yang sangat aktif di dalam kulit (pericarp) buah manggis yang berwarna ungu itu, di mana struktur berbentuk cecincin enam segi dengan ikatan karbon berkembar untuk memberi kestabilan kepadanya. Dimana lebih 200 XANTHON dari alam semulajadi, 43 XANTON ada terdapat dalam buah manggis, terutama bahagian kulit (pericarp) buah manggis.


SUATU KEHEBATAN PERLU DIKETAHUI OLEH KITA SEMUA IAITU "KEHEBATAN BUAH MANGGIS YANG DIANUGERAH TUHAN”, DIMANA IANYA DAPAT MEMBANTU KESIHATAN KITA HARI INI DAN MASA DEPAN.

JADI PILIHLAH BUAH MANGGIS SEBAGAI SUPPLEMENT DI DALAM KEHIDUPAN KITA SEKELUARGA HARI INI.

5 comments:

npo said...

dah jd cam blog kesihatan pulak

faezah said...

slhke???x slh kn..lg bgus cmni..untok pengetahuan kesihatan kt org yg m'bace..

aLs said...

hahah..mcm thesis jerk.. :p tp bagus2.. aq memang suka manggis!

npo said...

siape ckp salah? org sblh i ni pun xckp salah. betul

~AiMi SyAhiRAh~ said...

tesis ke faeza? huhu.. lama tak dengar cer adikku sorang ni.. sehat?